Monday, October 22, 2012

OPOCOT!


PERHATIAN : Post kali ini berunsur seksis atau kekeliruan gender. Harap dapat membaca dengan minda dan hati yang terbuka. Terima Kasih.

NOTA : Tulisan yang bewarna UNGU milik Saleem @ Sally | MERAH - Shiela | BIRU - Fariz



"Hye you all’z. nama I Saleem tapi my BFFF I panggil I Sally. 
Ye noq, mak laki-laki. Tapi jiwe mak ni lebih kearah wanita sopan lagi ayu gitu. 
Mungkin time ibu I mengandungkan I diorang nak baby gurl kot. Tapi unfortunately yang keluar belalai. "


Biase la kan , masyarakat sekeliling ni tak boleh nak tengok orang cantik sikit. Teruss diorang nak dengki. Aku dah biasa hidup macam ni , disebabkan masih sekolah lagi Form 5 ,maka terpaksa lah beruniform lelaki. Tapi kat dalam aku sorang je taw Triumph uu… 

Aku selalu kena buli kat sekolah , selalu kena kacau sebab perwatakan aku yang lemah lembut ni. Hello! Aku bukan badut sarkas ok you all’s nak buat bahan bergurau. Kadang-kadang tu ade la jugak rase nak bagi lempangan maut kat tengkuk diorang , nasib baik la ade bidadari dari syurga sentiasa setia jadi kawan aku. 

Nama dia SHIELA. Dia cantik sangat , aku memang admire sangat-sangat kat dia sebagai perempuan. Kadang –kadang terasa macam jealous pulak sebab dia hampir-hampir sempurna. Perfect! Cantik , sopan-santun , lemah lembut , berbudi bicara , pandai ,aku gelar dia sebagai Venus. 

Kadang-kadang kalau keadaan dah tak boleh dikawal oleh Shiela , ada seorang hero pujaan Malaya ni yang tolong settle kan. Nama dia FARIZ , dia ketua Pengawas sekolah. Muka kacak , badan sedap-sedap , kulit hitam manis , jantan habis lah. Fariz selalu back up kitorang kalau ade mamat –mamat agas cuba nak kacau kitorang. Fariz lain sangat , dia tak pernah pandang aku dengan hina dan jijik. Walaupun aku tahu perwatakan aku ni di luar paras norma. 

Aku dan Shiela sangat rapat , Shiela memahami situasi aku. Dan dia sendiri aku dah anggap sebagai kakak yang sering membantu ketika aku susah dan senang. Walaupun aku pada zahir nya lelaki , namun Shiela tetap melayan aku seumpamanya aku ini sama bertudung dan berbaju kurung seperti nya. Kami kawan baik. 

Ada suatu petang , kami berdua duduk berteduh di gazebo padang bola. Aku dan Shiela sibuk menyiapkan buku folio kemahiran hidup. Pada masa yang sama. Aku ternampak susuk tubuh tegap lelaki itu. Aku leka melihat dia berlari-lari satu padang mengejar bola. Cuaca panas terik menyebab kan si dia bermandi keringat. Urat-urat tegang yang naik di kaki dan tangan nya cukup menyentuh gelora tubuh aku. 

“Awak tengok ape tu..?” 

Lembut suara Shiela menegur segera menampar segala igau ku. 

“Eh , awak haus tak? Saye nak beli air lah…” 

Aku segera menukar topik perbualan. 

“Tak pe lah awak , biar saye yang pergi. Saye pun nak beli gam sekali.” 

Gesa Shiela. Aku mengia kan kerana masih terbuai dengan lamunan sebentar tadi. Shiela segera menuju ke kedai berdekatan. Aku kembali membuang pandangan ke tengah padang. Mencari-cari susuk tubuh bidang tadi. Tiada. 

“Shiela , awak nak pergi kedai ke? Saye boleh tumpang kan.” 

Suara yang terdengar sayup-sayup tadi milik Fariz. Jantan tegap yang sebentar tadi aku ratapi tubuh nya di tengah padang. Ekor mata ini terus melihat mereka berdua sama-sama membonceng motorsikal milik Fariz. Mata ini panas , ada bara api menyirap dalam hati. 

“Patut la betine sundal tu seboleh-boleh nak pergi kedai!” 

Oh my god. Apa aku dah buat ni. Aku maki hamun satu-satu nya kawan karib aku? Sebab dia naik motor dengan lelaki yang aku suka? Shiela bukan perempuan macam tu. Sedang aku melawan emosi dan perasaan Shiela dan Fariz tiba di padang. Bersama bungkusan plastik air kotak dan sedikit jajan. Aku buat-buat tidak perasan. 

“Saye balik dulu la wak. Mak saye dah mesej…” 

Aku terus berlalu tanpa memandang Shiela yang sedang mengeluarkan air kotak minuman kegemaran aku. Dalam perjalanan pulang aku bermain dengan emosi yang bergolak dalam jiwa. Shiela dan Fariz. Dua buah kelibat berkeliaran di perpustakaan minda. Perasaan cemburu dan geram mendidih hampir kering. 

“Hoi , bute ke?!” 

Nyaris aku ditabrak lori. Dalam tidak sedar untuk mengelak tindak balas reflek semula jadi , aku terperosok dalam longkang berdekatan. 

“Awak ok?” 

Pantas tangan berotot itu menarik aku keluar. Fariz yang baru pulang dari bermain bola sepak membonceng aku pulang. 

“Awak mandi dulu la , kotor sangat baju tu. Nanti tukar pakai baju saye je…” 

Aku segera menurut kerana malu yang teramat. Dalam kamar mandi aku dapat lihat jelas sabun mandi , syampu , serta lain-lain peralatan yang diguna pakai oleh Fariz. Hati kembali berbunga. Selesai mandi , aku segera menyalin pakaian Fariz yang sedikit longgar. 

Tapi raga ini bagai tersentap kuat ketika terlihat sekujur badan gagah yang hanya bertuala. Bergelegak nafsu hanya sekadar dapat menatap otot-otot jantan nya. Aku segera berpaling. Risau Fariz perasan pandangan serakah aku. Dia segera masuk mandi. 


“ Woi, kau gile ke??!” 

Jauh aku dihempas ke lantai. Gara-gara memeluk Fariz setiba nya dia selesai mandi. Perasaan malu membungkus diri. Terkatup rapat umpama tidak mahu menayangkan muka ini lagi. Aku gegas keluar dan pulang ke rumah. 

Keesokan nya aku berat untuk ke sekolah. Akibat daripada insiden terhempas semalam. Namun aku gagah kan diri. Sampai bila aku harus bersembunyi. Berani buat sendiri tanggung. Tiba di sekolah mata aku melilau mencari gerangan diri si Fariz. Aku risau dia pun tidak berani jejak kan kaki ke sekolah. 
Fariz! Betak diri terserempak dua pasang mata. Dia hanya menunduk dan segera berlalu. Aku rasa bersalah. Ku ekori jejak langkah nya. 

“ What the f*##!” 

Fariz bertemu Shiela di kantin sekolah. Mereka kelihatan padan bersama. Kerana rasa seperti dikhianat rakan sendiri , langsung tangan ini laju menuju ke pipi merah Shiela. 

Kringg! 

Fariz kelihatan marah sambil berdiri mendada. Shiela menahan Fariz untuk menyambung apa-apa tindakan yang bakal dia lakukan. 
Segera aku berlari menuju ke tapak perhimpunan sambil menahan air mata.

 “ Kau khianati aku Shiela! Awak juga akan terima balasan nya Fariz!” 

Janji kesumat dendam aku dalam diri.


0 comments:

Post a Comment

 
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver