Zaman peralihan dari sekolah menengah kepada universiti dan bergelar student.
Menuntut di UiTM Shah Alam , bidang Penulisan Artistic. Bermula sebuah transkrip baru demi sebuah diploma.
First time dapat masuk U , teruja giler. Macam-macam scene atau sketsa dah bermain-main dalam kepale hotak.
Bilik kuliah , lecturer , assignment , kolej , macam biase kite tengok dalam tb tuu…
Tapi , bidang yang aku amik ni lain dari norma kehidupan.
Well , budak Art la kate nye , baju kasual , bergaya , stylo milo , rambut kaler , ketat sendat padat mampat sume ade…
Ok , sem 1 kat uitm paling aku tak boleh lupe.
Kenal dengan kawan baru , (tak la ramai sangat , mungkin sebab aku ni pemalu atau kurang bergaul atau mungkin tak HOT!~)
Kawan-kawan adalah segale nye bagi aku time ni , sebab dah kene hidup berdikari kan.
Sampai member tak buat assignment aku pon follow tak buat.
Repeat same-same next sem makan nye!
Nak kongsi sikit perihal ‘Culture Shock’ yang feymes dikalangan freshy .
Culture shock menjurus kepade perubahan mendadak yang dialami oleh seorang individu kerana tidak biasa atau menerima secara bulat-bulat budaya baru yang mereka nampak di sekeliling.
Bagi kaum hawa , sudah tentu la perihal tudung. Mase mak bapak hantar daftar cantek manis sweet je bertudung litup. Tapi bile dah bergaul serta bersosial , tudung melebarkan sayap nye lalu terbang jauh ke langit senja…
Namun , bagi aku pulak. Kejutan budaye yang aku terpakse tempuh adalah berkenaan dengan subjek.
Asas Seni Lakon ? , Asas Tarian ? wtf?
Aku seorang hambe yang pemalu dan keras lagi kayu , tak ensyem pulak tu , nak disuroh berlakon atas pentas depan khalayak?
Menari lemah-gemalai lagi asyik bersenandung lagu Melayu asli hikayat turun-temurun?Memang tak lah.
Maka segala penat lelah serta usaha yang telah aku curahkan untuk mencuba berakhir dengan keputusan : REPEAT!
Maybe tak buat betol-betol la tu , sebab sem2 aku try buang pekong dan malu dapat A terus!
(naseb baek aku tak jadi maknyah lembut , ni ade lagi sikit lemah gemalai tak hilang lagi
-_-“ )
Stay tune for next post – Semester 2
p/s: ade lagi peristiwa hitam yang berlaku dalam sem 1 ni. Tapi macam mengaibkan orang lain serta diri sendiri. Bagi yang dah tahu tu , diam2 je la ye.
Bende dah lepas~
;Peace!
0 comments:
Post a Comment