Wednesday, October 10, 2012

Pondok Itu


Nama aku Amber. Seperti biasa aku pulang dari kerja melalui tempat yang sama. Tapi hari ni macam mane boleh lalu jalan yang lain sikit. Dengan alasan nak singgah kedai kopi 'Mocha Latte'. 
Tanpa sebarang teguran diberi , hujan turun dengan lebat. Berteman kasut tumit tinggi ini kugagahi untuk mencari tempat berteduh. Di pondok itu. Pondok menunggu bas. Tidak ramai yang berlabuh di situ. Tika sedang leka mengeringkan beg yang menjadi mangsa memayungi diri. 
Mata ini tertancap pada kelibat si dia. Bekas ku. Sang arjuna bekas pengarang jantung ini. Aku merindui dia. Hati ini menyanyangi dia. 3 tahun rasa nya selepas masing-masing membaling topi graduasi. Kami berpisah atas alasan komitmen. Dan jarak kilometer. 
Lirik lagu ‘Gantung’ nyanyian Melly Goeslow menjadi sebuah hikayat cinta kami.


 “kau menggantungkan hubungan ini kau diamkan aku tanpa sebab maunya apa? ku harus bagaimana? kasih…” 


 Sedang aku terbuai dengan kisah lama, sang dia menghampiri dengan sapu tangan separuh basah di tangan. Aku gegas mencapai dan pura-pura mengelap tangan yang basah. Sang dia tinggung di sebelah. Aku larut benar dengan sikap dia yang senang bersahaja. Walaupun nampak segak bertali leher. 
Jiwa meletus untuk bertanya khabar. Namun akal terus-terusan membuat hipotesis pemboleh ubah dimanipulasikan.


“Saya masih sayang kan awak ! Mari kita kembali bersama?” 


Rangkap tu yang ingin benar aku hembus ke cuping telinga nya. Tapi aku tergamam. Mulut terasa kebas macam baru lepas makan sambal belacan. Arakian , maka kami selesai mengemas kini perkembangan masing-masing. Kelihatan nya seperti sang dia telah berjaya memintas cita-cita nya. Dia kini lebih tinggi dari apa yang dia ingin kan dalam hidup nya dahulu. Sedangkan aku sekadar pereka fesyen yang menciplak karya seni K-POP. 
Sekadar berteduh dalam hujan di pondok itu membuat kan aku berasa puas hanya untuk menatap wajah nya , mendengar suara nya , serta berada di sisi nya. Hati sedikit terdetik berhajat supaya hujan terus-terusan memandikan bumi. 


 “every grey cloud has a silver lining” 


Maksud nya adalah sesuatu yang baik. Tapi tidak bagi aku. Titisan yang terakhir hinggap di atap zink pondok itu. Sang dia bingkas bangun. Membetulkan baju nya. Jiwa ini berat untuk melihat dia pergi. 


“Hujan dah renyai , saya gerak dulu ya?” 


Diluar duga akal , tangan ini telah menyambar lengan nya. 


“kajima - 가지마~ (jangan pergi)” 


Lantang kotak suara berbunyi. Sang dia terkedu. Aku meramas erat tangan nya. Dia tidak berpaling. Hanya tunduk.


 “Saya masih sayang kan awak ! Mari kita kembali bersama?” 


 Terpacul akhirnya kata-kata itu dari peti hati. Deretan molekul cecair menitis tanpa henti. Sang dia masih tidak menoleh. Malah makin jauh mencampakan hujung matanya. 



 “Saya , minta maaf…” 



Hanya itu yang mampu dia balas. Aku bangun merangkul nya dari belakang. Nekad untuk tidak melepaskan dia pergi.


 “I’m sorry” 


  Tangan yang dulu itu sering membelai diri ini , namun kini tangan itu juga yang menolak ku pergi. Dia melepaskan pelukan ku dan terus berlalu. 

Sedikit pun sang dia tidak menoleh ke belakang. 
Ekor mata ini taat mengikut jejak langkah sang dia. Menuju ke kedai kopi Mocha Latte. Ada seseorang sedang menunggu sang dia. 


Hujan kembali lebat. Membasahi mata hati ini… 


0 comments:

Post a Comment

 
Free Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Website templateswww.seodesign.usFree Wordpress Themeswww.freethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree CSS Templates Dreamweaver