Friday, August 19, 2011
Ecstasy
"Menghitung hari , detik demi detik... "
Siape kah tahu ape kah lagu di atas ini...?
Lagi 6 Bulan mendatang!
Well , memang tengah menunggu mase je nak tunggu saat yang dinanti kan.
Dah lame aku 'bercuti' , tak sabar nak bergelar STUDENT semula.
Stress atau tekanan hidup di dunia 'sebenar' ni memang berat untuk aku pikul sekarang.
Rindu saat 'honeymoon' bersama dunia maya dan penuh dengan khayalan serta fantasi yang menjanjikan sebuah mase depan yang cerah dan gemilang.
Biar aku terbuai lena sebentar , jauh daripada hiruk-pikuk realiti yang mencengkam jiwa.
Bila saat aku bersedia rohani dan fizikal , akan ku rempuh segala tongkah arus yang mendatang.
Escapisme - mental diversion by means of entertainment or recreation, as an "escape" from the perceived unpleasant or banal aspects of daily life. It can also be used as a term to define the actions people take to help relieve persisting feelings of depression or general sadness.
Tu yang perlu aku lakukan sekarang.
Lari! Lari daripada kenyataan , fakta , hakikat , bahawa kehidupan aku sekarang agak dull dan numb.
Dengan menyambung pelajaran , aku tidak akan mensia2 kan hayat aku.
At least aku menimba sedikit ilmu.
Dan berusaha untuk menempa nama dan keluar dari kepongpong belenggu yang memerut kebebasan aku.
Setelah berjaya keluar dari kepongpong , diharap agar sayap aku akan kembang dan terbang membelah petala langit.
Bagai dilahirkan semula , akan aku mula kan sebuah kehidupan yang baru.
Berbeza dengan apa yang sedang aku asyik lateri sekarang.
Perubahan , itu yang perlu aku lakukan , dan untuk berubah tidak lah semudah dengan membuat perkara yang jarang atau tidak pernah kita lakukan.
Ibarat seperti mati dihidup kan semula.
Namun begitu , tidak lah sampai aku membuang segala kenangan lalu bahkan pula rakan2 yang sering berada di sisi aku.
Aku cuma perlukan masa untuk diri aku dan fenomena yang baru.
Harap korang paham...
(kali ni entry takde gambar yang boleh describe how i feel inside~)
>_<"~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment